Hasil Yang Positive- Sarawak O&G Workers Association.

14 August 2021: Setelah beberapa kali mencuba akhirnya usaha kami menujukkan hasil yang positive. Daripada petemuan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Yang Berhormat Datuk Amar Jaul Samion beliau berjanji akan membincangkan bagaimana menjadikan SOGWA sebagai rujukkan sebelum permit kerja Sarawak diluluskan.

Jabatan beliau akan mencari mekanisma yang bersesuaian supaya setiap kelulusan permit kerja Sarawak dalam industri minyak dan gas ditapis terlebih dahulu oleh SOGWA. Ini sangat penting bagi memastikan setiap ahli SOGWA diberi peluang untuk mengisi kekosongan jawatan sebelum diberi kepada orang luar.


Dalam pertemuan yang sama Yang Berhormat Datuk Amar Jaul Samion juga bersetuju diperuntukkan dana kepada SOGWA untuk menganjurkan kursus lanjutan yang telah dkenal pasti dalam bidang minyak dan gas seperti painting dan welding inspector untuk hook up dan commissioning.

Kursus – kursus marine juga boleh dianjurkan oleh SOGWA bersama pusat latihan marine sedia ada. Kursus untuk drilling turut dibincangkan. Anggaran dana RM500 000 diperlukan setiap tahun bagi tujuan kemajuan modal insan dibawah Special Human Resources Development Fund.

%d bloggers like this: