TEKS PERUTUSAN GAWAI DAYAK 2021.

TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK,
TUN PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD.

31 May 2021: SELAMAT HARI GAWAI KEPADA RAKYAT SARAWAK YANG TERDIRI DARIPADA MASYARAKAT DAYAK, MELAYU, CINA, INDIA SEMASA KITA MENYAMBUT PERAYAAN GAWAI DAYAK TAHUN INI.

KITA TERPAKSA MENYAMBUT PERAYAAN INI DALAM KEADAAN YANG AGAK BERBEZA KERANA PERLU PATUH KEPADA STANDARD OPERATION PROCEDURE (SOP). SELAIN DARIPADA ITU KITA TERPAKSA AKUR DENGAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DI MANA TELAH DIKUATKUASAKAN MULAI 29 MEI 2021.

GAWAI DAYAK MERUPAKAN PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH MASYARAKAT DAYAK NAMUN DENGAN KEADAAN PENULARAN WABAK COVID-19 SEMAKIN MERUNCING MAKA PERAYAAN GAWAI DAYAK TAHUN INI JUGA TERPAKSA DIBUAT SECARA NORMA BAHARU.

KITA PERCAYA SAMBUTAN DENGAN NORMA BAHARU MASIH BOLEH MENIMBULKAN RASA PERPADUAN DALAM KALANGAN RAKYAT KITA KERANA ITULAH ANAK SARAWAK KITA SALING TERIKAT BERSAMA TANPA MENGIRA BANGSA, KETURUNAN DAN AGAMA DALAM USAHA MEMBAWA SARAWAK KE ARAH KEMAJUAN DAN KEMAKMURAN YANG LEBIH ADIL DAN SAKSAMA.

MAKA DENGAN INI, SAYA MENGAMBIL PELUANG INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GAWAI ‘GAYU GURU GERAI NYAMAI’ KEPADA SEMUA RAKYAT DI NEGERI INI KHUSUSNYA MASYARAKAT DAYAK YANG TERDIRI DARIPADA MASYARAKAT IBAN, BIDAYUH, ORANG ULU DAN SEMUA YANG MERAIKAN PERAYAAN INI.

PERAYAAN GAWAI DAYAK INI MESRA DENGAN PANGGILAN “ARI GAWAI” DALAM BAHASA IBAN DAN “ANDU GAWAI” DI KALANGAN MASYARAKAT BIDAYUH. PERAYAAN GAWAI SEPERTI JUGA PERAYAAN-PERAYAAN LAIN SEPERTI HARI RAYA AIDILFITRI DAN TAHUN BAHARU CINA TELAHPUN MENJADI PERISTIWA MERIAH KEPADA SEMUA MASYARAKAT DI SARAWAK.

NAMUN PADA TAHUN INI, KITA TERPAKSA MENYAMBUT HARI GAWAI DALAM KEADAAN YANG AMAT BERBEZA AKIBAT PENULARAN PENYAKIT COVID-19 YANG BUKAN SAJA MENULAR DALAM SARAWAK DAN MALAYSIA TETAPI KE SELURUH DUNIA.

KEBIASAANNYA SETIAP KALI PERAYAAN GAWAI, MEMBERI PELUANG BAGI ANAK PERANTAU SARAWAK UNTUK PULANG KE KAMPUNG HALAMAN BERTEMU AHLI KELUARGA YANG TELAH LAMA TERPISAH. NAMUN PADA KALI INI SEPERTI JUGA TAHUN LEPAS, RAMAI YANG MASIH TIDAK DAPAT BALIK KE KAMPUNG HALAMAN KERANA KITA MASIH LAGI BERADA DALAM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN.

AKIBAT PANDEMIK INI MASIH MELANDA NEGERI DAN NEGARA KITA, KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI TERPAKSA MELAKSANAKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DALAM USAHA MEMUTUSKAN RANTAIAN VIRUS INI DARIPADA TERUS MEREBAK DALAM KALANGAN RAKYAT KITA.

OLEH ITU, RAKYAT HARUS AKUR DAN DIMINTA TERUS DUDUK DI RUMAH DAN SEKIRANYA PERLU KELUAR DIKEHENDAKI MEMATUHI ARAHAN DAN LANGKAH DITETAPKAN PIHAK BERKUASA DAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM).

DALAM PADA ITU, RAKYAT DINGATKAN AGAR SENTIASA MENGGUNA PELITUP MUKA, SARUNG TANGAN, SANITASI TANGAN DAN MENGAMALKAN JARAK SOSIAL SEKURANG-KURANGNYA SATU METER. SECARA UMUMNYA RAKYAT MESTI MENGELAK TEMPAT YANG SESAK DAN KAWASAN YANG SIBUK DENGAN PELBAGAI AKTIVITI.

WALAUPUN BANYAK KEKANGAN YANG PERLU KITA PATUHI, NAMUN ITULAH UNTUK KEBAIKAN KITA BERSAMA. KITA HARUS PATUH KEPADA PERATURAN INI AGAR, APABILA KEADAAN NEGERI KITA SEMAKIN PULIH SEMULA, KITA BOLEH BUAT NGABANG GAWAI DAN BOLEH BERKUMPUL BERSAMA BERAMAI-RAMAI DENGAN AHLI KELIARGA DAN RAAKAN TAULAN DENGAN KEADAAN YANG LEBIH SELAMAT.

SAYA JUGA PERCAYA KETUA-KETUA KAMPUNG DAN TUAI-TUAI RUMAH AKAN BEKERJASAMA UNTUK MENENTUKAN PROSEDUR OPERASI DAPAT DIPATUHI OLEH SETIAP LAPISAN MASYARAKAT DAYAK SEPANJANG PERAYAAN GAWAI DAYAK NANTI.

PERPADUAN DAN KERHARMONIAN SARAWAK

KITA HARUS BERBANGGA KERANA KEHARMONIAN DAN KEDAMAIAN YANG DINIKMATI HARI INI ADALAH HASIL SIKAP TOLERANSI DAN SEMANGAT SALING PERCAYA-MEMPERCAYAI DALAM KALANGAN RAKYAT DARIPADA PELBAGAI SUKU KAUM, BUDAYA DAN AGAMA.

KEUNIKAN ITU ADALAH KEKUATAN SARAWAK YANG MENJADI TUNJANG KEPADA PERPADUAN DAN KESTABILAN POLITIK DI NEGERI INI DAN PERLU DIPELIHARA. SUASANA MUHIBAH INI DAPAT DILIHAT MELALUI KERJASAMA RAPAT ANTARA SEMUA KAUM DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL.

JUSTERU, SAYA BERHARAP PERPADUAN DAN SUASANA HARMONI RAKYAT SARAWAK AKAN TERUS KEKAL TEGUH DENGAN ACUAN SENDIRI. DALAM KEADAAN YANG DEMIKIAN RAKYAT HARUS RASA BANGGA DENGAN KEBOLEHAN NEGERI INI MENCAPAI TAHAP PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN YANG AMAT MEMBERANGSANGKAN.

KITA HARUS BERSYUKUR BERKAT PERPADUAN DAN KERJASAMA RAKYAT DAN HASIL DARIPADA KEBOLEHAN SEMUA PIHAK MENJAGA HUBUNGAN BAIK SESAMA SENDIRI, MAKA NEGERI SARAWAK KERAPKALI DIRUJUK SEBAGAI NEGERI YANG MEMPUNYAI SEMANGAT TOLERANSI DAN MUHIBBAH YANG TINGGI DALAM NEGARA KITA.

AKHIR KATA SAYA DAN ISTERI MENGUCAPKAN SELAMAT ARI GAWAI ATAU SELAMAT ANDU GAWAI KEPADA SEMUA RAKYAT DI NEGERI SARAWAK. GAYU GURU GERAI NYAMAI LANTANG SENANG NGUAN MENOA.

SUMBER : ASTANA NEGERI SARAWAK

%d bloggers like this: