Category: Business

Pinjaman Sehingga RM20K- MEDAC

5 August 2021: Bermula 15 Ogos ini, para usahawan mikro boleh mula memohon skim pembiayaan tanpa caj yang ditawarkan oleh TEKUN Malaysia bagi membantu untuk memulihkan dan meneruskan semula perniagaan mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Sebanyak RM100 juta diperuntukkan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi pelaksanaan skim ini dan saya jangkakan, seramai 11,500 orang usahawan mikro akan mendapat manfaat daripada skim pembiayaan ini.

Saya berharap para usahawan mikro mengambil peluang memohon skim pembiayaan yang ditawarkan ini untuk menambah modal perniagaan.

Saya juga mengalakkan usahawan mikro di bawah kategori Pertama Ditutup, Terakhir Dibuka (FCLO) yang terjejas perniagaan berikutan penutupan operasi, untuk mengambil peluang memohom kemudahan skim ini.

%d bloggers like this: