Local

Polis Marin Miri Rampas Rokok Dan Minuman Keras Tidak Bercukai.

Miri, 13 Ogos 2021 – Sepasukan Unit Risik Marin(URM) terdiri daripada Pegawai Kanan dan Anggota Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Miri telah membuat tangkapan serta rampasan terhadap kesalahan di bawah Akta Kastam 1967. Barang rampasan terdiri daripada rokok pelbagai jenama, minuman keras dan moto van dengan nilai rampasan berjumlah RM167,608.73.

Asisten Komisioner Polis Zulfikar Bin Mohd Ghazali, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak berkata, tangkapan tersebut dibuat semasa sepasukan Pegawai dan Anggota Unit Risik Marin(URM) menjalankan operasi kontraban dalam membasmi penyeludupan barangan tidak bercukai bertempat di jalan pesisir pantai Bintulu-Miri.

Katanya semasa pemeriksaan dibuat terhadap moto van tersebut, pemilik gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan pembayaran cukai kastam dan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.

Kesemua barang rampasan dan tangkapan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Miri untuk siasatan selanjutnya. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat penyeludupan barangan tidak bercukai boleh menghubungi talian hotline 082-334111 atau melalui media social facebook rasmi Pasukan Polis Marin Sarawak.- PPMW5

Categories:Local

Tagged as: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s