Sports

Watak Penting Kejayaan Azizulhasni Awang.

12 August 2021: Terima kasih kepada jurulatih saya John Beasley serta isterinya Vicky Beasley. Watak yang amat penting di sebalik kejayaan saya selama ini. Walaupun lahir sebagai seorang Mat Salleh Aussie dan berkulit putih, tetapi jiwa beliau sangat dekat dengan Malaysia. Orang luar tidak dapat bayangkan akan pengorbanan beliau untuk saya dan juga sukan lumba basikal negara kita.

Teringat zaman muda remaja dahulu, ketika atas kapal terbang John Beasley selalu bagi ‘flight meal’ beliau kepada saya dan katanya dia tidak lapar. Saya naif dan percaya bulat-bulat, walhal beliau nak saya tambah berat badan dan makan dengan cukup.

Beliau sangatlah di hormati di arena lumba basikal antarabangsa dan juga sentiasa menjadi rebutan negara-negara luar akan tetapi beliau taat dengan Malaysia seolah-olah sudah terkena nasi kangkang orang Melayu. John Beasley bukan hanya seorang jurulatih kepada saya, tetapi lebih dari itu.

Terima kasih kepada pasukan saya (TeamAzizul) yang sanggup bersama-sama meredah onak dan duri. Izham Mohammad selaku team manager/coordinator yang berperanan melancarkan banyak urusan belakang tabir supaya saya dapat memberikan tumpuan penuh kepada latihan dan perlumbaan. Harnizam Basri selaku pembantu jurulatih banyak membantu dari aspek latihan , kelengkapan perang dan yang hal-hal berkaitan.

Mollynica Juanis selalu physio yang memastikan saya berada di tahap kondisi fizikal yang terbaik dan terhindar dari sebarang kecederaan. Chee Lee Ming selaku pakar sains sukan yang memberikan bantuan dari sudut sains sukan secara menyeluruh. Semua aspek-aspek sains sukan yang boleh menjadi anjakan paradigma untuk prestasi saya adalah tanggungjawab beliau.


Terima kasih kepada rakan sepasukan Shah Firdaus, Fadhil Zonis dan Anis Rosidi yang sentiasa bersama-sama dengan saya ketika senang mahupun susah. Kami sentiasa ‘push each other’ dalam latihan manakala di luar latihan pula kami saling membantu sesama sendiri untuk menuju ke puncak. ‘Iron sharpens iron’, untuk menjadi seorang yang bagus, kita perlu di kelilingi oleh orang-orang yang bagus dan kita kena bersaing sesama sendiri secara positif.

Untuk membentuk satu legasi yang hebat, kita perlu sama-sama membantu menaikkan orang disekeliling kita dan saya tersangatlah anti dengan mentaliti menjatuhkan orang lain dan sikap ‘akulah paling bagus dalam dunia ni’. Saya harap ketiga-tiga nama yang saya sebut ini akan bersama-sama dengan saya di Paris 2024 nanti, 3 tahun lagi.

Categories:Sports

Tagged as: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s