Local

Prinsip Kemanusiaan dan Keadilan Harus Diutamakan- PKR

26 July 2021: Prinsip Kemanusiaan dan Keadilan Harus Diutamakan Dalam Menguatkuasakan Peraturan dan Dasar Kerajaan.

Angkatan Muda Keadilan Sarawak dan Wanita Keadilan Sarawak memandang serius tentang kejadian yang berlaku di sekitar kawasan Tamu Lutong pada pagi ini.

Menurut penduduk tempatan dan juga rekod video yang ditularkan, Majlis Bandaraya Miri telah menjalankan penguatkuasaan ke atas peniaga-peniaga kecil di kawasan tamu Lutong bagi menghalang mereka dari terus berniaga di kawasan tersebut.

Semasa proses penguatkuasaan tersebut, pihak Majlis Bandaraya Miri juga telah merampas barang-barang jualan dan peralatan yang digunakan para peniaga.

Kita turut mengambil maklum berkenaan keperluan pihak berkuasa dalam menguatkuasakan peraturan dan dasar yang sedia ada demi kepentingan awam, khususnya dalam memerangi wabak Covid-19. Namun, pada masa yang sama pihak berkuasa juga harus lebih prihatin dan memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap kehidupan rakyat yang kian terhimpit akibat daripada penularan wabak Covid-19.

Penularan wabak Covid-19 yang berpanjangan dan perintah kawalan pergerakan yang kerap dilaksanakan telah memberi kesan yang buruk terhadap kehidupan majoriti rakyat marhaen.

Ada di antara mereka yang terkesan terdiri daripada mereka yang hilang pekerjaan atau sumber pendapatan akibat kekangan semasa pandemik ini. Malah, ramai yang terkesan ini adalah dari kalangan masyarakat B40 atau kumpulan terdedah (vulnerable group).

Kita juga maklum pandemik ini telah mengakibatkan ramai yang terkesan dari segi sosio ekonomi mereka sehingga ada yang mengalami depresi dan juga ada yang terpaksa mengorbankan nyawa mereka sendiri.

Justeru, dalam menangani keadaan kritikal sebegini yang tidak pernah berlaku di negara kita, kita tidak ada cara yang lain melainkan mengambil sikap kebersamaan dan memupuk aspirasi sehati sejiwa dalam berhadapan dengan krisis dunia ini.

Kerajaan memerlukan sokongan daripada rakyat bagi menjayakan usaha menangani krisis ini manakala rakyat perlukan sokongan daripada kerajaan untuk membantu mereka mengharungi cabaran ini.

Oleh yang demikian, kami meminta kerajaan dan penguatkuasa agar lebih bersikap prihatin serta menggunakan kebijaksanaan dan bertimbang rasa dalam mencari jalan penyelesaian yang dapat mengimbangi kepentingan semua pihak. Kami turut mendesak agar Majlis Bandaraya Miri segera mengadakan dialog bersama bagi menyelesaikan masalah ini.

Dalam masa yang sama, Angkatan Muda Keadilan Sarawak dan Wanita Keadilan Sarawak sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang dan perbezaan pandangan politik.

ZULHAIDAH BINTI SUBOH
Timbalan Ketua Wanita Keadilan Sarawak

CHIEW CHOON MAN
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Sarawak Parti Keadilan Rakyat

Categories:Local

Tagged as: , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s