Local

Satelit MEASAT-3 yang pancarkan isyarat ASTRO anda hanyut daripada orbit asal.

21 July 2021: MEASAT-3 adalah salah satu daripada kumpulan satelit milik MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd.

Salah satu tugasnya ialah untuk pancarkan kandungan ASTRO kepada piring satelit di rumah anda dan jika anda perasan tentang ganggunan servis beberapa minggu lalu, ia adalah disebabkan satelit ini tidak berada di kedudukan sepatutnya.

Sungguhpun pihak ASTRO sudahpun memulihkan semula servis anda dengan memindahkan tanggungjawab itu kepada satelit lain, masalah asalnya tetap ada kerana ia dikesan terus hanyut hari demi hari.

Pengeluar satelit itu, Boeing Stallite System (BSS) sedang mengenal pasti apakah punca masalah itu.

Di slot longitude 91.5°E, MEASAT miliki MEASAT-3, MEASAT-3a, dan MEASAT-3b yang menjalankan tugasan hampir sama.

Sebenarnya MEASAT-3 sudahpun sampai ke akhir hayatnya. Ia dilancarkan masuk ke orbit dalam tahun 2006 dan dijadualkan digantikan dengan yang baharu pada tahun ini dengan MEASAT-3d namun pelancarannya ditunda atas sebab-sebab yang tidak dikongsikan.

Daripada isyarat lokasi yang dipancarkan MEASAT-3 ia kini berada pada longitude 84.52°, kira-kira 7° daripada kedudukan asal.

Satelit MEASAT-3d yang akan dilancarkan nanti miliki keupayaan yang lebih baik. Ia katanya boleh mengangkut isyarat video 8K dan sambungan Internet sehingga 100Mbps.

-SoyaCincau.

Categories:Local

Tagged as: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s