Local

Pembunuh Bill Kayong,Batu Ming Akhirnya Ditangkap.

16 July 2021: MIRI: Seorang lelaki dikehendaki polis sejak enam tahun lalu kerana membunuh Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR), Bill Kayong@Mohd Asbi Abdullah,berjaya ditangkap hari ini.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, suspek dikenali sebagai Koong Siang Ming@ Batu Ming, 26, telah diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Miri oleh Unit Penerbangan Polis Diraja Malaysia.

Setibanya di lapangan terbang Miri sekitar jam 1.55 petang, suspek jelasnya dibawa ke lokap Balai Polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Miri untuk tindakan siasatan lanjut.

Sementara itu, Koong(suspek) difahamkan baru sahaja tiba dari China selepas diusir semula ke Malaysia oleh penguat kuasa negara itu berikutan pasport telah tamat tempoh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Terdahulu, Pada 21 Jun 2016 Bill Kayong ditembak ketika keretanya berhenti di persimpangan lampu isyarat di Kuala Baram.

Selepas insiden terbabit Koong bertindak menyembunyikan diri dan difahamkan lari ke China selama lima tahun setelah polis mengenalinya sebagai salah seorang suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan Bill.

Di tahan,Koong (berpakaian kemeja biru) diiringi polis untuk dibawa ke Balai Polis Miri untuk siasatan lanjut.

-SuaraSarawak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s