16 Julai 2021: Kpg Karu,hari ini YB Datuk Willie Mongin meluangkan masa melawat ladang Fertigasi Cili Puncak Borneo.

Projek ini bermula 3 bulan yang lalu atas sokongan YB Datuk Willie Mongin untuk mengalakkan aktiviti Pertanian komersial di kawasan Parlimen Puncak Borneo.

Kini ladang ini mampu menghasilkan 250 kilo sebulan atau lebih kurang 7 kilo sehari dan produksi akan terus ditingkatkan.
YB Datuk Willie Mongin kini terus merencanakan pelbagai aktiviti Pertanian dan Peladangan komoditi komersial demi kelangsungan rakyat di kawasan Puncak Borneo.

Jika anda berminat membeli Cili segar, anda semua boleh hubungi En. Toking di talian 0198472833. Harga dari RM15 – 20 Sekilo. Sokongan anda semua amat dihargai.
Categories:Local