11 July 2021: “Pelan Perjalanan Sarawak Menuju Pemulihan” disediakan sebagai ringkasan dan untuk menyediakan kita semua tentang apa yang akan berlaku.
Ia menerangkan Garis Panduan yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh keempat-empat fasa di Sarawak.

Garis Panduan yang lengkap akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebaik saja Sarawak bersedia untuk memasuki mana-mana fasa tersebut.


Ketika ini Sarawak masih berada dalam Fasa 1 sehinggalah kita dapat memenuhi 3 petunjuk (contohnya: Purata kes harian COVID-19, kapasiti perkhidmatan kesihatan awam dan peratusan populasi rakyat dewasa di Sarawak yang menerima 2 dos vaksinasi).


Petunjuk ini akan dianalisa dengan teliti oleh pihak JPBN dan Jabatan Kesihatan untuk membolehkan kita mara ke fasa seterusnya dengan selamat dan berkesan.


Categories:Covid-19