Education

Pengambilan Guru Secara “One-Off” Tidak Seimbang- Dayak Sarawak.

7 July 2021: Masyarakat Dayak di Sarawak mengatakan berasa amat kecewa dalam pengambilan guru secara “one-off” Gred DG41.

Rata-rata pengguna madia sosial mensifatkan pengambilan ini seolah-olah meminggirkan kaum Dayak di Sarawak.

Pengambilan yang tidak seimbang ini sangat bertentangan dengan Dasar dan Misi Ketua Menteri Sarawak,Abang Johari dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang ingin melihat Sarawak maju pada tahun 2030.

Pada 27 April 2014,ketika berada di Malaysia,President US Barrack Obama mengatakan “Malaysia Cannot Succeed Unless Equal Opportunity Given To Non-Muslim.”

Pengambilan guru yang tidak seimbang di Sarawak ini,di anggap mensia-siakan bakat dan kebolehan yang ada pada anak Sarawak yang berbilang kaum.

Pengambilan ini perlulah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda.

Pengambilan kali ini adalah sebanyak lebih 18 ribu orang, ia bagi menutup jurang kekurangan guru yang berlaku pada sebelum ini termasuk di Sarawak.

Secara asasnya sebelum ini mereka yang boleh memohon jawatan guru DG41 ialah mereka yang mempunyai:

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 
  • Ijazah Sarjana Muda (Bukan Pendidikan) + Diploma Pendidikan

Mereka yang bukan dalam bidang pendidikan juga boleh memohon, sekiranya SPP/KPM merasakan bidang mereka boleh dipertimbangkan dengan padanan Mata Pelajaran yang hendak dipenuhi.

Di Sarawak khususnya kekurangan 3,385 guru yang merangkumi 1,545 untuk sekolah menengah dan 1,840 untuk sekolah rendah setakat April 2021, demikian menurut Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak (MESTR) pada 30-6-2021.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s