Education

Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN.

4 July 2021: Permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

Anda merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama? Jom ikuti langkah mudah membuat permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN anda.

Antara syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:

  1. Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa.
  2. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT
  3. Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN.
  4. Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain
  5. Kursus/ Program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan
  6. Mengemukakan permohonan di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen
  7. Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 berdasarkan maklumat pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik (terpakai kepada peminjam yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2019).

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian sahaja. Mudah, cepat & selamat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s