Local

Fitnah Dan Tidak Bertanggungjawab-Dato’ Sri Fadillah Yusof

4 July 2021: Susulan ‘posting’ di Twitter oleh pemegang akaun twitter @apanakdikato yang berbunyi ;

“Nama je Menteri Kerja Raya, tapi rakyat di parlimen sendiri tinggal di kawasan terbiar…
Ingatkan ada 1 keluarga je, rupanya ada 6 keluarga duk di situ” yang dimuatnaik di twitter pada jam 1.29 pagi semalam (3 Julai 2021) ;

Pegawai Pusat Khidmat P.194 Petra Jaya telah segera turun padang untuk menyiasat lanjut dakwaan berkenaan.

Hasil siasatan mendapati 15 keluarga tinggal secara haram di bangunan kedai dua tingkat di Batu 9, Jalan Matang. Kesemua penghuni berkenaan juga disahkan sebagai orang luar, bukannya penduduk asal Parlimen P.194 Petra Jaya seperti didakwa.

Malah salah seorang daripadanya berasal dari Sabah dengan isterinya warga Indonesia, dikenalpasti sebagai pendatang tanpa izin.

Individu dari Sabah berusia 33 tahun itu bekerja sebagai buruh kasar, manakala isterinya berasal dari Bandung, Indonesia.

Seramai 14 lagi keluarga yang tinggal di situ, lima berasal dari Lubok Antu; tiga dari Lundu; tiga dari Sri Aman; masing-masing seorang dari Kapit, Betong dan Bintawa Ulu.

Kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh kasar, selain ada yang bekerja di kedai makan, kedai kopi, wireman dan juga ada yang menganggur.

Untuk makluman, Gabungan Parti Sarawak (GPS) khususnya Pusat Khidmat P.194 Petra Jaya juga sudah beberapa kali menghantar bantuan makanan asas termasuk beras, gula, mi segera, bihun, telur, cordial dan tepung untuk kesemua penghuni yang tinggal di bangunan terbiar itu, atas dasar perikemanusiaan.

Justeru untuk mana-mana pihak membuat tuduhan palsu dengan mendakwa penghuni terbabit adalah penduduk asal Petra Jaya yang dibiarkan tanpa dibantu, adalah amat keterlaluan, fitnah dan tidak bertanggungjawab.

Sebagai Ahli Parlimen kawasan Petra Jaya, ada tiga rakan saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, yang sentiasa berusaha sehabis baik untuk memenuhi keperluan dan kesejahteraan penduduk.

Biarpun ramai juga penduduk di Petra Jaya bukan warga asal Petra Jaya serta bukan pengundi, namun saya tidak melihat perkara itu sebagai alasan untuk kita tidak membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Jika ada pun perkara yang mungkin kami terlepas pandang, namun setelah mendapat tahu mengenainya, kami sedaya upaya cuba menanganinya sebaik mungkin.

Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menyalurkan maklumat termasuk dari pihak pembangkang.

Saya ingin mengajak semua pihak bersama-sama membantu mereka yang memerlukan bantuan dan tidak menjadikan sesuatu isu itu sebagai senjata politik untuk kepentingan diri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s