Politics

Kelab Penyokong GPS Marah.

1st July 2021: Merujuk kepada dakwaan oleh seorang aktivis media sosial yang dimuatnaik ke laman Facebook baru-baru ini kononnya kerajaan negeri telah kehabisan wang sehingga tidak dapat membantu golongan yang terkesan oleh Covid-19.

Kerajaan negeri sentiasa mengamalkan pengurusan kewangan yang baik dan melalui pendekatan ini, ia dapat mengekalkan penilaian kewangan yang baik dari pebagai agensi penarafan kredit antarabangsa.

Ini dapat dilihat dari pemberian bantuan kepada rakyat yang terkesan oleh Covid-19 melalui Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) yang bernilai lebih dari RM4.5 bilion dalam enam pakej bantuan dari BKSS 1.0 hingga 6.0.

Dalam BKSS 6.0, kerajaan negeri juga memberikan peruntukan untuk program bantuan makanan asas yang diedarkan kepada penduduk yang terjejas oleh perintah kawalan pergerakan (PKP) di semua 82 DUN bernilai RM35.5 juta.

Dalam masa yang sama, kerajaan negeri turut berbelanja untuk mengekang penularan Covid-19 di negeri ini yang meliputi kos kuarantin, calitan PCR dan pembelian peralatan yang diperlukan oleh petugas perubatan.

Tuduhan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai dana adalah tidak benar dan hanya fitnah semata-mata tanpa sebarang fakta.

Rekod prestasi kerajaan negeri baik dari segi pengurusan kewangan dan juga inisiatifnya mengurangkan beban rakyat terbukti lebih-lebih lagi semasa penularan Covid-19 di negeri ini satu tahun setengah yang lalu.

Pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga sentiasa berada di kawasan dan turun padang untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas.

Kami ingin bertanya kepada (seorang aktivis media sosial dimaksudkan): Pernahkah beliau turun padang dan memberikan bantuan kepada penduduk yang terjejas?

Atau terlalu sibuk bermain politik di media sosial, membuat tuduhan tidak berasas dalam keselesaan rumah beliau di Semenanjung, jauh sekali dari melihat kesusahan penduduk yang tinggal di Sarawak?

Jangan memperlekehkan usaha mereka yang membantu rakyat. Para pengundi, penduduk tempatan di sini tahu siapa yang membantu dan siapa yang bercakap semata-mata.

Walaupun taktik memburuk-burukkan ini berkesan untuk ‘viewers’ beliau di Semenanjung, rakyat Sarawak tidak akan tertipu dengan taktik ini.

Categories:Politics

Tagged as: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s