Covid-19

Ahli Parlimen Dapat RM300,000.Dan 10 Juta Untuk Orang Asal.

30 June 2021: Sejumlah RM300,000 diperuntukkan kepada setiap Ahli Parlimen termasuk pembangkang untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, kerajaan turut memperuntukkan RM10 juta bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asal.

Dalam soal menyampaikan bantuan kepada rakyat melalui bakul makanan ini, katanya, kerajaan mengambil sikap mengenepikan perbezaan politik.

“Baik Ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang, semuanya mestil memikul tanggungjawab bersama untuk membantu rakyat di kala ramai yang sedang menanggung kesusahan.

“Gunakanlah peruntukan ini sebaik mungkin untuk membantu rakyat yang memerlukan di kawasan Parlimen masing-masing,” katanya dalam Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini.

Kawalan harga minyak masak.

Muhyiddin turut mengumumkan langkah akan diambil kerajaan bagi menangani kenaikan harga minyak masak.

Dia mengumumkan program harga kawalan berasaskan nilai ambang minyak sawit mentah untuk minyak masak botol 1 kg hingga 5 kg.

“Melalui program ini, sebagai contoh, harga minyak masak botol 5 kilogram dapat dikawal supaya tidak melebihi 30 ringgit sebotol,” katanya.

Kerajaan juga akan menyediakan peruntukan tambahan RM1 bilion, bagi memastikan rakyat dapat membeli minyak masak pek polibeg 1 kg pada harga bersubsidi RM2.50 satu pek. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s