Covid-19

Food Bank Mas Gading- Mordi Bimol.

PKPD Kampung Serikin, Bau & Kpg Sebandi Hilir, Lundu.

26 June 2021: Kami di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Mas Gading perlukan sokongan anda untuk membantu meringankan beban keluarga dan individu yang amat memerlukan.

Dalam keperitan menempuh hari-hari di musim wabak Covid-19, ada keluarga yang kurang berkemampuan di luar sana sangat memerlukan bantuan terutama di kampung-kampung yang telah diisytiharkan PKPD.

Tidak dinafikan semua lapisan masyarakat terkesan dengan wabak Covid-19 ini. Namun, kita harus bersama-sama mengharunginya dan saling membantu.

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”

Di pihak saya di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Mas Gading, kami hari ini telah memulakan inisiatif pengumpulan barang-barang makanan dan keperluan asas bagi membantu golongan yang memerlukan.

Anda juga boleh bantu!

Sumbangan dalam bentuk tunai boleh disalurkan ke Akaun Bank Islam Pusat Khidmat Ahli Parlimen P192 Mas Gading.

Bantuan bekalan makanan dan keperluan asas pula boleh disalurkan terus ke Pusat Khidmat kami yg terletak di Pekan Bau. < https://maps.app.goo.gl/dicYFJDFjZuhdzDE6 >

Tanpa mengira saiz, bentuk serta nilai sumbangan ikhlas anda amat kami hargai.

Hubungi kami di PKMG 082-762178 jika ada sebarang pertanyaan atau untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s