Arts

Sogit Untuk Keamanan Dan Perdamaian.

22 June 2021: Sabah- 21 June,Mesyuarat kedua mengenai isu penghinaan adat dan Unduk Ngadau hari ini dipengerusikan oleh Huguan Siou Lundu Mirongod, Bulawan Sigah Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan, Timbalan Presiden KDCA dan Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah tahun 2021 hari ini.

Majlis dihadiri oleh Tindarama Joanna Datuk Kitingan, Pengerusi UNK 2021; Tindarama Dr. Benedict Topin, Bendahari Agung KDCA; Sauman Yasambun, Setiausaha KDCA; Bulawan Sigah YBhg. Datuk Joseph Paulus Lantip, Bendahari Agung KDCA; Sairah Indan, Penolong Bendahari KDCA; dan Pricilla Ruth Marcus, “Chairperson of the legal committee KDCA Women Council”.

Proses penyelesaian akhir sedang berlangsung dan permohonan maaf Marcel Jude Joseph telahpun diterima namun sogit untuk keamanan dan perdamaian adalah wajar dan harus dilaksanakan.

Sogit turut dibincang secara am tetapi perincian sebenar bukanlah tanggungjawab majlis kerana ia tertakluk kepada keputusan Mahkamah Anak Negeri berdasarkan kepada kes antara Persatuan KDCA yang mewakili semua ahli-ahli dengan Marcel Jude Joseph.

Makna sogit ialah penyejuk dan konteksnya ialah sebagai menyejukkan hati dan keadaan. Permohonan maaf harus disusuli tanggungjawab menyejukkan hati yang terluka dan mengembalikan keamanan.

Sogit adalah tindakan atau perbuatan yang membawa kepada perdamaian. Demikianlah penjelasan para ahli majlis dan inilah matlamat utama perbincangan Persatuan KDCA hari ini.

Ahli-ahli majlis mesyuarat bersetuju mewujudkan suatu tanda peringatan untuk dijadikana rujukan di masa akan datang bahawa tidak ada sesiapapun yang boleh menghina adat dan budaya masyarakat orang asal Sabah.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey menjelaskan bahawa pendekatan diplomatik dalam perkara ini adalah sejajar dengan tema kaamatan tahun ini iaitu keamanan dan perdamaian. Perkara ini harus diselesaikan dengan segera supaya semua pihak menjadi tenang dan aman damai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s