Covid-19

Tangkapan/Pengusiran PATI-PDRM Sarawak.

21 June 2021: Pihak PDRM dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain seperti PGA, ATM dan Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak telah mengadakan operasi bersepadu dalam usaha mengekang aktiviti kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke Sarawak melalui jalan darat.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Mancha Ak Ata, dalam tempoh 6 bulan pertama dari Januari hingga Jun 2021 melalui tangkapan dan pengusiran oleh PGA dan Kontinjen Polis Sarawak, 572 orang PATI telah berjaya ditangkap di sempadan Sarawak/Indonesia melalui lorong-lorong tikus.

DCP Mancha Ak Ata

Tangkapan/Pengusiran di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 Akta 342.

Manakala dalam tempoh yang sama 45 orang tekong warga tempatan dan warga asing ditangkap di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ANTISOM) 2007.

Pihak berkuasa menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kemasukan PATI ke Sarawak agar memberi kerjasama dan menghubungi pihak berkuasa.

Pada masa yang sama, di ingatkan bahawa menyembunyikan dan memberi perlindungan kepada PATI merupakan suatu jenayah berat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s