Local

MENGESAN WARIS MANGSA KES JENAYAH-IPD Marudi.

21 June 2021: MARUDI : PADA 04 JUN 2021 PIHAK POLIS TELAH MENERIMA SATU LAPORAN POLIS OLEH PEGAWAI PERUBATAN KLINIK KESIHATAN LONG LAMA BERHUBUNG LONG LAMA RPT/389/21 YANG DISIASAT DI BAWAH SEKSYEN 326 KANUN KESEKSAAN.

PENGADU MELAPORKAN BAHAWA PADA 30 MEI 2021 JAM LEBIH KURANG 2230HRS KETIGA BERTUGAS DI KLINIK KESIHATAN LONG LAMA TELAH MENERIMA DAN MERAWAT SEORANG PESAKIT PEREMPUAN NAMA SILA BINTI GANI, UMUR 20 TAHUN.

MANGSA TELAH MENGALAMI KECEDERAAN MELECUR 30% PADA BAHAGIAN BADAN DIPERCAYAI DISIMBAH MINYAK DIESEL DAN DIBAKAR PASANGANNYA. SETERUSNYA MANGSA TELAH DIRUJUK KE HOSPITAL UMUM MIRI, MIRI UNTUK RAWATAN LANJUT DI WAD UNIT RAWATAN RAPI.

PADA 06 JUN 2021, PIHAK POLIS TELAH BERJAYA MENANGKAP PASANGAN MANGSA DAN DI TAHAN REMAN SEKSYEN 117 KANUN TATACARA JENAYAH UNTUK SIASATAN TERPERINCI.

PADA 15 JUN 2021 JAM LEBIH KURANG 1640HRS MANGSA TELAH DISAHKAN MENINGGAL DUNIA DI WAD RAWATAN RAPI HOSPITAL UMUM MIRI, MIRI DAN SETERUSNYA SIASATAN DIKLASIFIKASIKAN SEMULA DI BAWAH SEKSYEN 302 KANUN KESEKSAAN.

OLEH KERANA MANGSA GAGAL MENGEMUKAKAN SEBARANG DOKUMEN PENGENALAN DIRI, DAN HANYA MENGAKU SECARA LISAN BERNAMA SILA BINTI GANI, KETURUNAN BIDAYUH DAN BERASAL DARI SERIAN, KUCHING SARAWAK.

PIHAK POLIS KINI SEDANG BERUSAHA MENCARI IDENTITI SEBENAR DAN JUGA MENGESAN WARIS MANGSA. ORANG RAMAI YANG MENGENALI MANGSA, DIMINTA MENYALURKAN MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENYIASAT INSP. SHAH EFFENDI BIN ABDUL LAM DI TALIAN 019-2612189 ATAU MENGHUBUNGI MANA-MANA BALAI POLIS TERDEKAT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s