Business

Rampasan Dianggarkan Bernilai RM4.73 Juta-Polis Marin Bintulu.

20 June 2021: Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPMW5) Bintulu membuat rampasan dianggarkan bernilai RM4.73 juta dalam Op Benteng dan Op Kontraban yang dilaksanakan di daerah Bintulu semalam 19 Jun,Sabtu.

Komander PPMW5 Sarawak ACP Shamsol Kassim berkata menerusi Op Benteng, sebuah kapal kargo dianggarkan bernilai RM4 juta telah dirampas.

Bersama 929 kayu balak pelbagai jenis dan saiz dengan anggaran nilai RM185,800 serta pelbagai peralatan perkapalan yang nilainya berjumlah RM417,100.

Katanya, kru kapal kargo seramai lima warga tempatan dan seorang warga asing turut ditahan dalam operasi itu.

“Dalam Op Benteng di Kuala Batang Kemena, sebuah kapal kargo dalam perjalanan dari Sri Aman ke Bintulu telah ditahan serta diperiksa dan didapati membawa muatan kayu balak pelbagai jenis dan saiz.

Juragan gagal mengemukakan keterangan berkaitan Akta Kastam 1967 iaitu tiada dokumen pelepasan pelabuhan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Shamsol berkata kapal kargo tersebut dan muatannya telah diiringi ke Markas Operasi PPMW5 dan kes dirujuk serta diserahkan kepada Jabatan Kastam Bintulu untuk tindakan lanjut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s