Covid-19

Jambatan Runtuh-JKR Sarawak.

18 Jun 2021: Serian- Kejadian Jambatan Bailey runtuh di Kampung Tanah Puteh, Serian.

Pada 6.30 pagi 17 Jun (Khamis), pihak JKR Bahagian Serian telah menerima laporan kejadian Jambatan Bailey runtuh di Kampung Tanah Puteh, Serian. Jambatan ini merupakan satu-satunya akses yang menghubungkan Kampung Tanah Puteh ke jalan utama dan seterusnya ke Bandar Serian.

Pihak jabatan diketuai oleh Jurutera Bahagian, Ir. Oliver Ngabong Anak Jimmy dan kakitangannya telah bergegas ke tapak kejadian untuk membuat siasatan tapak.

Hasil daripada pemerhatian awal mendapati tebing sungai yang telah terhakis (embankment failure) oleh aliran deras air sungai dan menyebabkan kelemahan kepada struktur jambatan tersebut.

Turut melawat tempat kejadian, YB Datuk Willie Anak Mongin, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi I merangkap Ahli Parlimen P.198 Puncak Borneo untuk melihat dan mendapatkan taklimat daripada pihak jabatan terhadap langkah-langkah penyelesaian yang bakal diambil.

YB Datuk Willie Anak Mongin

Tindakan segera/awal jabatan pada hari yang sama adalah untuk menyediakan akses sementara penduduk Kampung Tanah Puteh ke jalan utama iaitu melaksanakan kerja-kerja untuk menstabilkan tebingan sungai dan mengangkat kembali struktur jambatan bailey sedia ada ke atas tebingan sungai yang telah distabilkan.

Akses sementara tersebut telah siap pada 1.30 petang tadi iaitu kurang dari 48 jam selepas kejadian.

En. Tuah Suni, Residen Bahagian Serian telah melawat tempat kejadian pada hari ini bagi meninjau pembinaan akses sementara tersebut.

Beliau telah diberi taklimat oleh En. Mohamad Romzie bin Mohammad Ali Adaha, mewakili Jurutera Bahagian (JKR Bahagian Serian) berkenaan dengan tindakan segera/awal oleh pihak jabatan.

YB Datuk Roland Sagah Wee Inn, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah merangkap ADUN N20 melalui mesej ringkasnya menyatakan beliau berpuas hati dengan tindakan segera yang telah diambil oleh pihak jabatan.

Begitu juga dengan Ketua Kampung Tanah Puteh yang hadir melawat kawasan bersama Residen Bahagian Serian juga menzahirkan penghargaan terima kasih kepada pihak jabatan di atas tindakan pantas memandangkan jambatan tersebut adalah satu-satunya akses penduduk kampung.

Sementara itu, untuk tujuan keselamatan adalah dinasihatkan hanya penunggang motorsikal dan pejalan kaki sahaja dibenarkan menggunakan jambatan bailey sedia ada.

Sebagai tindakan susulan, pihak jabatan kini sedang berusaha untuk penggantian jambatan bailey yang baru pada masa terdekat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s