Covid-19

Internet Lemah.Dr Maszlee Hantar Email Dan Surat.

14 June 2021: Selepas menerima laporan dari warga parlimen Simpang Renggam mengenai capaian internet yang lemah ataupun tiada di kawasan masing-masing, pasukan pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Simpang Renggam telah membuat tinjauan.

Memang benar terdapat beberapa kawasan yang memang tiada capaian internet ataupun capaian internet yang terlalu lemah. Hal ini amat menjejaskan proses pembelajaran pelajar dan proses mengajar guru di kala PKP sekarang ini.

Berdasarkan kesemua laporan yang diterima, kami telah mengenal pasti 10 kawasan utama yang ramai penduduk tetapi tiada capaian internet ataupun capaian internet-nya terlalu lemah.

Kami masukkan kawasan-kawasan tersebut beserta koordinatnya di dalam satu senarai untuk diberikan kepada syarikat-syarikat Telco di Malaysia. Emel dan juga surat rasmi telah dikirimkan kepada 5 syarikat utama Telco di Malaysia hari ini.

Di sini kami sertakan surat-surat tersebut untuk rujukan warga parlimen Simpang Renggam dan juga syarikat-syarikat Telco berkenaan. Kami berharap agar kali ini mereka segera membalas surat dan emel yang dikirimkan.

Capaian internet ini penting demi kelangsungan pendidikan anak-anak warga parlimen Simpang Renggam. Ia juga bagus untuk syarikat-syarikat tersebut meluaskan perniagaan mereka. Mereka perlu tahu bahawa usaha mereka memberikan rangkaian internet ini adalah sebahagian dari jasa mereka kepada negara juga.

Saya berharap agar pihak Telco yang berkenaan dapat memberikan respon yang positif beserta dengan tindakan yang sesegera mungkin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s