Education

Kelebihan Tingkatan 6 ( STPM).

13 June 2021: Kepada budak lepasan SPM kat luar sana, aku nasihatkan tak payah la apply diploma. Masuk je Form 6.

STPM tu sama taraf dengan diploma tapi yang baiknya, bayar tak sampai RM500 untuk 1 1/2 tahun. Kau pula berhutang PTPTN sampai RM15-20 ribu.

Itu yang belajar kat IPTA, kawan aku yang ambil diploma kat Kolej Swasta (nama dirahsiakan) pula berhutang RM30K lepas tu tak dapat kerja.

Aku dulu habis STPM tak ada sesen hutang pun. Kita kena ingat nanti dah besar nak beli kereta, nak kahwin dan nak ada rumah. Macam mana kau nak dapat semua tu kalau hutang diploma 20k dan hutang degree 25k?

Aku tahu kau malu pakai baju uniform sekolah. Kononnya macam budak – budak hingusan. Kau jealous nak pakai baju cantik, terikut – ikut macam drama cinta kolej kat TV tu.

Tapi serius aku cakap tak ada maknanya. Kau tahu kenapa ramai mahasiswa degree Kelantan dan Cina kat universiti?

Bukan sebab mereka lagi pandai daripada budak negeri / etnik lain, tapi sebab mereka buat keputusan bijak ambil Form 6 bukannya diploma.

Mereka tahu yang kerajaan utamakan STPM untuk kemasukan degree bukannya matriks, diploma dan sebagainya.

Orang kata STPM lagi susah dari diploma. Memang betul. Aku pun setengah mati jawab examnya. Tapi waktu degree nanti lagi susah. Baik start susah sekarang daripada terkejut beruk ambil paper degree nanti.

Status ni sebagai nasihat je. Jangan pula budak diploma salah faham atau buat – buat salah faham kononnya aku hina pilihan mereka belajar mana. Kadangkala kebenaran tu sakit untuk kita terima.

Sumber : Faz,
The Rational Rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s