13 June 2021: Keputusan peperiksaan SPM baru diumumkan. Saya mendapati ramai anak-anak kita yang lulus dengan cemerlang. Syabas diucapkan kepada mereka yang lulus.


Diharap mereka yang tidak mendapat keputusan cemerlang, cari peluang meningkatkan kemahiran dan ilmu untuk mendapat pekerjaan.
Ramai ibu-bapa bertanya kepada saya apakah melanjutkan pendidikan ke universiti jalan terbaik? Atau lebih baik anak mereka bekerja, membangun kemahiran dan pengalaman bekerja, dan belajar secara part-time.
Saya tak ada jawapan pasti.
Lazimnya,ramai dikalangan mereka akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Kolej,Universiti.
Kajian terkini menunjukkan majoriti dikalangan graduan baharu (fresh graduates) mendapat gaji dalam linkungan RM1,001-RM1,500 pada tahun 2020.
Di Malaysia, pendapatan garis kemiskinan mutlak adalah RM2,208 sebulan. Bermakna, majoriti daripada graduan baharu menerima pendapatan dibawah garis miskin.
Zaman dahulu, kelulusan universiti adalah jalan terpantas untuk mengeluarkan keluarga miskin dari kitaran garis kemiskinan. Kini, keadaan agak berbeza..
Keadaan ini berkait rapat dengan keadaan “skill-related underemployment”, iaitu ramai graduan baharu bekerja dalam pekerjaan dibawah pencapaian akademik mereka.
Usaha perlu dilakukan untuk membaiki masalah sistemik ini dalam pasaran buruh.
Categories:Education