Covid-19

Tiong Membeli Hasil Tanaman Rumah Panjang.

12 June 2021: Seperti dijanjikan,Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Bintulu di bawah Dato Sri Tiong King Sing,membeli hasil tanaman penduduk rumah panjang yang dikenakan kawalan pergerakan selama 14 hari selepas ‘anembiak’ didiagnosis positif Covid-19.

Sebelum ini, beberapa penghuni rumah panjang mengadu bahawa sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah dituai lebih awal dan sedang menunggu untuk masak berhadapan isu pemasaran berikutan langkah-langkah kawalan secara tiba-tiba.

Mereka tidak berpuas hati dan bimbang dengan tanaman yang tidak dapat diagih dan dijual pada masanya akibat arahan kawalan pergerakan yang mengehadkan penduduk daripada keluar atau masuk sesuka hati.

Setelah memahami perinciannya, saya juga setuju jika tanaman matang tidak diproses dalam masa, ia bukan sahaja akan menjejaskan pendapatan penduduk, tetapi juga tanaman yang berkualiti akan membusuk, ia amat membazirkan.

Oleh itu, hari ini, kami pergi ke rumah panjang bersama- sama kakitangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Bintulu berjaya mengumpul serta membeli dua tan tanaman penduduk secara berperingkat.

Pendekatan ini dapat memberikan sedikit pendapatan kepada penduduk sekali gus mengurangi kerugian mereka.

Sekali lagi, saya merayu kerjasama semua penduduk rumah panjang untuk terus mematuhi arahan tindakan kawalan pergerakan(lockdown) yang dikenakan ke atas rumah panjang mereka.

Ini kerana, tindakan yang kerajaan lakukan (sekatan pergerakan) adalah untuk menyelamatkan nyawa orang ramai walaupun ada sebilangan kecil belum dapat menerimanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s