Arts

Sarawak Kehilangan Permain Sape Terkenal.

Saufi Aiman Yahya

11 June 2021: Permain sape terkenal Sarawak Saufi Aiman Yahya ditemui mati dalam bilik sewa.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah, mangsa yang dikenal pasti sebagai Saufi Aiman Yahya, 31 ditemui mati dalam keadaan terbaring oleh rakan sebiliknya sekitar pukul 9 malam sebelum membuat laporan polis.

Sepasukan bomba terpaksa dipanggil ke tempat kejadian bagi mengusung keluar mayat dari kediaman terbabit lengkap dengan sut perlindungan khas, PPE.


Siasatan awal pihaknya mendapati mangsa kali terakhir dilihat semasa makan tengahari bersama rakannya pada hari yang sama.

Oleh itu polis percaya mangsa mati dalam tempoh kurang enam jam sebelum itu.


Dihubungi RTM malam tadi, dedah ACP Ashmon lagi tiada unsur-unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian.

Mayat mangsa telah dibawa ke hospital umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber : Berita RTM Sarawak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s