Politics

Bantuan Makanan Daerah Beluru – YB Datu Dr Penguang Manggil.

10 June 2021: Hari pertama 8 June agihan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang Daerah Beluru di Pusat Khidmat N76 cawangan Beluru. Hari ini 808 pek telah diagihkan melibatkan 31 buah kampung di Daerah Beluru.

Bagi Daerah Beluru, terdapat berberapa pusat agihan telah dibuka iaitu Pusat Khidmat N76 cawangan Beluru, Dewan Petipun Rh Wen Lapok dan SK Sg Entulang.

Jadual agihan telah pihak kami edarkan di dalam “WhatsApp group” dan Wakil-wakil kampung dipohon untuk mengambil bantuan masing-masing mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi mengelak kesesakan.

9 Jun 2021, 11.00am, Dewan Petipun, Rh Wen Magelit, Lapok : Saya dan Pegawai Daerah, Pemanca Enggah serta Penghulu Nyandang bersama petugas-petugas mengagihkan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang untuk kampung-kampung sekitar Tinjar.

Dewan Petipun Penan ini merupakan salah satu dari projek RTP DUN N76 yang baru siap dibina.

9 Jun 2021, 1.00pm, Pusat Khidmat N76 cawangan Beluru : Singgah melawat operasi agihan Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang yang dibuat di sini hari ini.

Saya juga sempat memberi penerangan kepada JKKK Rh Adin Sg Kelabit berkenaan cara permohonan projek kerajaan dan bantuan-bantuan lain.

9 Jun 2021, 2.30pm : Singgah di Dewan Masyarakat Beluru bagi melihat persiapan akhir Dewan untuk program vaksinani yang akan bermula di Daerah ini pada 11 Jun 2021.

Dewan Masyarakat Beluru merupakan Pusat Vaksinasi utama Daerah Belaru bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Pusat-pusat vaksinani lain di Daerah Beluru adalah di Klinik Long Jegan, Klinik Long Teru, Klinik Long Teran, Klinik Long Loyang dan Klinik Kg Ulu Teru. Program Vaksinasi di klinik-klinik ini pula dijangka beroperasi bermula 12 Jun 2021, bergantung kepada tarikh stok vaksin yang akan datang.

Penduduk di Daerah Beluru akan dimaklumkan senarai penerima vaksin mengikut tarikh yang akan ditetapkan. Sementara itu, sila semak tarikh temujanji anda di aplikasi My-Sejahtera masing-masing.

Bagi Daerah Marudi, Program Vaksinasi telah bermula bulan lepas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s