Covid-19

Jangan memperlekehkan gologan OKU- OKU Sarawak.

9 June 2021: OKU SARAWAK MOHON KERAJAAN NEGERI SARAWAK MEMPERCEPATKAN PEMBERIAN VAKSIN KEPADA OKU.

KUCHING- OKU Sarawak melalui Isak Ngau, Pengerusi Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia, Cawangan Sarawak mohon agar Kerajaan Negeri Sarawak agar mempercepatkan pemberian vaksin kepada OKU Sarawak katanya dalam kenyataan bersama.

“Pemberian vaksin harus dipercepatkan untuk OKU Sarawak. Ini termasuklah keluarga yang sebilik atau serumah dengan OKU berkenaan juga tidak terkecuali dan wajib diberi divaksin” kata Isak

“OKU Sarawak dibawah program Elit/Pelapis dibawah KPWKK yang bakal menghadapi kejohanan di Johor tahun depan juga haruslah disegerakan pemberian vaksin seperti mana yang telah diterima oleh atlet Kebangsaan iaitu atlet MSN. Jurulatih, pengerak, pengiring dan juga pegawai yang terlibat dalam kejohanan ini juga harus diberikan vaksin” ujar Isak lagi.

“Kita percaya Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai data-data OKU di Sarawak dan perkara ini memudahkan JKM untuk pencarian OKU yang berdaftar di Sarawak dan menghubungi OKU berkenaan untuk proses vaksin. Tambahan juga semua OKU sudah berdaftar di mysejahtera untuk penerimaan vaksin namun masih lagi belum dipanggil” tambah Isak

“OKU Sarawak juga kecewa dengan kes VIP yang memotong laluan OKU dalam penerimaan vaksin tempoh hari seperti yang ditular dalam media sosial. Memohon maaf tidak memadai dan tindakan tegas dan kompaun patut dikenakan kepada VIP berkenaan bagi memberikan pengajaran dan contoh kepada orang ramai supaya tidak memperlekehkan OKU. Kita mohon juga agar JPBN Sarawak agar tegas dan tidak double standard” tegas Isak lagi

Kenyataan bersama ini juga disokong oleh
Rapelson Richard Hamit, Presiden Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS) dan juga Antonie Zawie Bin Demit, Persatuan Insan Istimewa Daro dan Matu (IDAM).

Categories:Covid-19

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s