Covid-19

Covid-19: YB Ali Biju Turun Padang.

5 June 2021: YB Ali Biju melakukan tinjauan di Pusat Vaksinasi Dewan Sri Krian.YB Ali Biju yang juga merupakan Ahli Parlimen Saratok.

Program Vaksinasi Di Saratok.

  • 1. Pagi tadi saya telah melakukan tinjauan di Pusat Vaksinasi Dewan Sri Krian.

Turut hadir sama, Tn Friday Belik, Residen Betong, Dr Johny Pangkas, Pegawai Kesihatan Bahagian Betong dan Dr Syafiq Ameerul, Pegawai Kesihatan Daerah Saratok.

  • 2.Tinjauan dibuat untuk memantau proses dan keadaan kerana bermula daripada minggu ini, Program vaksinasi secara besar – besaran akan bermula dengan tibanya stok vaksin setiap minggu ke Sarawak.
  • 3. Bermula daripada 4 sehingga 14 Jun, dianggarkan lebih 2000 penduduk Saratok akan menerima suntikan vaksin dos pertama (Pfizer dan Sinovac).

Ini merupakan Fasa 2 dimana keutamaan akan diberikan kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas yang berisiko tinggi.

  • 4. Difahamkan Program Fasa 2 ini melibatkan lebih kurang 40 – 45 orang petugas daripada Pejabat Kesihatan Daerah, Hospital Saratok, Pejabat Daerah, Sukarela daripada Jabatan Belia, PDRM dan Rela.
  • 5. Program Vaksinasi Fasa 2 di Saratok telah bermula secara rasmi pada 22 Mei 2021.
  • 6. Sebanyak 380, 000 dos vaksin akan tiba di Sarawak setiap minggu sehingga penghujung bulan Ogos dan fokus adalah memastikan seramai 2.2 juta penduduk Sarawak akan selesai divaksin menjelang penghujung bulan Ogos.
  • 7. Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menyasarkan tidak kurang daripada 45, 000 dos suntikan sehari menjelang Ogos.
  • 8. Saya menyatakan kesediaan untuk membantu Program Vaksinasi di Dewan Sri Krian dalam apa jua cara dan sebagai langkah awal, akan memberikan 4 buah komputer riba untuk kegunaan Petugas – petugas di Pusat Vaksinasi Dewan Sri Krian.
  • 9. Sekali lagi, saya menyeru agar rakyat Saratok terus mendaftar melalui Pejabat Daerah atau menerusi aplikasi MySejahtera supaya kita dapat mencapai imuniti kelompok secepat mungkin kerana ianya salah satu daripada cara kita untuk menewaskan pandemik covid 19 yang sudah berlarutan hampir 2 tahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s