Politics

PKR Tajaan Amerika,CIA.

5 June 2021: Dato Idris Buang Wajib Mohon Maaf.

MPN Negeri Sarawak berasa amat kesal terkait fitnah yang telah dibuat oleh Dato Idris Buang,ahli Dewan Undangan Negeri Muara Tuang merangkap Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) Dan Gabungan Parti Sarawak(GPS) terhadap Parti Keadilan Rakyat yang tersiar luas dalam media sosial sejak Sabtu 29 Mei 2021.

Joshua Jabeng/SU MPN Negeri Sarawak.

Dalam minit yang ke 3.45 hingga 4.45 Dato Idris Buang selaku Ketua Penerangan PBB dan GPS telah membuat tuduhan tanpa asas terhadap PKR adalah parti tajaan Amerika Syarikat yang telah medapat latihan daripada CIA untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia.

Kenyataan yang bernada menghina tersebut tidaklah sepadan dengan kedudukan beliau sebagai seorang pemimpin kanan kerajaan Negeri.Kita faham akan kecewaan beliau terhadap Iswardy Morni.Namun cetusan beremosi yang tempias kepada parti adalah bagai belanga mengatakan periuk hitam.

Pada pihak lain,adalah lebih wajar supaya Dato Idris Buang digesa supaya GPS menarik balik kerjasama dengan Perikataan Nasional (PN) yang telah menderhaka kepada mandat rakyat.

PN dibawah PM Muhyiddin Yasin telah merampas kuasa daripada Pakatan Harapan,kerajaan yang sah di sisi Perlambagaan Malaysia.GPS tidak harus bersekongkol dengan kerajaan yang haram tanpa mandat rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s