Politics

Long Teru,Terputus Perhubungan.

2 June 2021: Rumah Panjang Kajan Sigeh,Sekolah Rendah dan Klinik terputus perhubungan disebabkan jalan tanah merah yang rosak teruk.Long Teru yang terletak di Dearah Marudi,Tinjar,Miri.

Masyarakat suku kaum Berawan yang berada di Long Teru terpaksa menggunakan perahu untuk sampai ke rumah panjang,disebabkan jalan mereka tidak dapat dilalui kenderaan.

Kenderaan akan ditinggalkan di separuh jalan,dan disambung mengunakan perahu melalui sungai Teru untuk sampai ke rumah.Jalan tanah merah ini rosak disebabkan hujan dan banjir.

Cikgu yang menyajar di Sekolah Rendah Long Teru dan Kakitangan Perubatan juga sukar keluar masok disebabkan jalan yang terputus.

Penduduk Rumah Panjang di Long Teru sukar menjual hasil tangkapan seperti ikan,udang ke bandar.Ini menjejaskan pendapatan mereka untuk menyara keluarga.

Tiada Bekalan Elektrik 24 jam.

Sekolah,Klinik dan Rumah Panjang tiada bekalan electrik 24 jam,hanya tiang electrik yang didirikan separuh jalan.

Bekalan electrik tidak dapat disambung di sebabkan pihak syarikat ladang kelapa sawit,Ladang Lelak meminta pampasan bagi menebang pokok kelapa sawit daripada penduduk kampung untuk laluan mendirikan tiang electrik.

Apabila masalah penyambungan electrik ini di adukan kepada YB Dato Dr Penguang Ak Manggil,beliau meminta penduduk kampung sendiri menyelesaikan masalah ini dengan pihak syarikat ladang.

Penduduk Rumah Panjang Kajan Sigeh di Long Teru memohon pihak yang bertanggungjawab menyelasaikan masalah yang mereka hadapi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s